top of page

LATAR BELAKANG KONSULTAN PEMIKIR IMMA

PENGENALAN 

Konsultan Pemikir IMMA yang mana perkataan “Pemikir” adalah singkatan “ Pembangunan Institusi Keluarga”. Ia ditubuhkan sebagai usaha membantu menangani isu-isu keruntuhan institusi keluarga, iaitu melalui pembangunan manusia sebagai insan patuh kepada penciptaNya. Asas utama keruntuhan institusi ini, kerana ahlinya tidak bijak menangai stres. Kesannya, mereka akan melakukan kemungkaran. Isu stres ini juga dialami oleh setiap individu, pelajar, pekerja, majikan, organisasi serta pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu Konsultan Pemikir IMMA menjadikan isu stres sebagai fokus utama.

 

Tenaga PEMIKIR - IMMA terdiri daripada gabungan mereka yang telah lama berkecimpung  dalam aktiviti Pembangunan Manusia dan Institusi Keluarga. Iaitu mereka di kalangan profesional, berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Pensyarah, Penceramah, Motivator, Kaunselor, Pengusaha Pusat Perkahwinan dan pelbagai displin yang berkaitan dengan aktiviti Pembangunan Manusia dan Institusi Keluarga

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VISI KONSULTAN PEMIKIR IMMA

Bersama membangun serta mendorong potensi manusia bersama membentuk institusi  keluarga cemerlang sebagai  ibadah.

 

MISI KONSULTAN PEMIKIR IMMA

Menggerakkan individu berusaha untuk pembangunan jatidiri sebagai insan berkeluarga hidup sejahtera dunia dan akhirat atas landasan nilai dan tradisi bangsa serta agama yang murni.

 

KONSEP PROGRAM

Pembangunan potensi manusia dan institusi keluarga melalui penghayatan penciptaan alam semesta.

 

 

METHODOLOGI

Kursus dikendalikan dalam bentuk ceramah, seminar, perbincangan dalam kumpulan, riadah, role – play, simulasi dan penghayatan penciptaan alam semesta 

 

 

FOKUS UTAMA PROGRAM KONSULTAN PEMIKIR IMMA

Fokus utama program yang di anjurkan oleh konsultan ialah “Bijak Tangani Stres” dengan Audio Visual Therapy ke Sentuhan Qalbu.  . Ia adalah satu program inovasi oleh pengasas Konsultan Pemikir IMMA yang telah memenangi Gold Medal di International Conseling Conference, Kuching Sarawak Pada tahun 2014.

TENAGA KERJA KONSULTAN PEMIKIR - IMMA

Terdiri daripada gabungan mereka yang telah lama berkecimpung  dalam aktiviti

Pembangunan Manusia dan Institusi Keluarga. Iaitu mereka dikalangan profesional, berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Pensyarah, Penceramah, Motivator, Kaunselor,  Pengusaha Pusat Perkahwinan dan pelbagai displin yang berkaitan dengan aktiviti Pembangunan insan dan Institusi Keluarga serta dibantu oleh Pegawai yang komited.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

         BERSAMA TENAGA SOKONGAN.

TENAGA PENGGERAK KONSULTAN PEMIKIR - IMMA

Nama :   Cr. Hj. Zainuddin bin Hj Abdul Samad

       Akademik / Pengalaman :

  • Bacelor Pendidikan dan kaunseling,Universiti Putra Malaysia.

  • Diploma Kaunseling Islam, Institut Pengajian Ilmu-lmu Islam

  • Diploma Promosi Kesihatan.

  • Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia

  • Mantan Ketua Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, DBKL

  • Mantan Setiausaha Kehormat, PEMADAM  WPKL

  • Biro Latihan dan Penerangan PEMADAM Kebangsaan.

  • Yang Di Pertua Kelab PROSTAR K.L

  • Bendahari, Kelab PROSTAR Malaysia.

  • Penceramah kursus perkahwinan Islam

  •  Mengendalikan  program motivasi,

  • Pemenang Gold Medal Inovasi  Kaunseling,  di peringkat International Counseling Conference Tahun 2014.

bottom of page